Wednesday 30 March 2011

Meniarap @ Rolling over

Salam semua,

Hari ni aku ingin tulis pasal meniarap ni. Aku rasa sebagai ibu bapa kita x sanggup nak tgk anak kita bersusah payah nak meniarap kan? Tangan ni mmg gatal mcm nk tolong. Ni aku ada cari sedikit info yang mungkin dpt membantu kita. Bagi aku rasanya kaedah ni amat sesuai bila anak kita sudah menunjukkan tanda nak meniarap tp x lepas2 jgk.
Caranya adalah dengan letakkan mainan di sebelah kiri atau kanan anak kita supaya dia bersungguh untuk capai mainan tersebut.
Ataupun kita sendiri blh baring sebelah dia supaya dia nk menghampiri kita.
Bagi kedua- dua kaedah ini, kita perlu beri sokongan dan galakkan kepada anak kita.




**Sekarang hafizi sudah boleh meniarap walaupun masih struggle jugak kdg2. Tapi ada sekali tu dia dh boleh terlentang balik. Tapi ayah Hafizi x ada waktu tu, sebab berlaku di rumah Mek Ti semasa rumah dilanda banjir. Inilah keadaan rumah Hafizi semasa, selepas dah sesudah banjir, maka Hafizi terpaksa tumpang di rumah kawan mami dia.













Antara bahagian rumah dan kawasan rumah Iman Hafizi banjir, tp Iman Hafizi dpt gak bantuan


Tuesday 22 March 2011

Tertangguh- tangguh

Salam semua (cewah semua la konon pdhal xde satu makhluk pun yg baca blog ni, huhuhu),

Sebenarnya nak buat blog ni pada hari pertama Hafizi di rumah selepas pulang dari hospital tapi sampai sekarang Hafizi pun dah nak masuk 3 bulan. hehehe..apa daaa
Tapi xpe janji sekarang dah tertunai hasrat tu.
Untuk permulaan blog ni elok rasanya aku perkenalkan keluarga aku. Almaklumla blog ni kan berkenaan keluarga kecil aku.
Keluarga kecil kami ada Ayah kepada Hafizi di mana dlm blog ni akan dinamakan sebagai Ayah Hafizi. Heroinnya plak mestila aku!! Dan yang paling penting adalah hero kecil kami iaitu Iman Hafizi yang akan dinamakan Hafizi dalam blog ni. Aku rasa blog ni mungkin akan ada dua penulis, kalau bukan aku maka jawabnya ayah Hafizi la yang menulis. Buat masa sekarang xde gambar lagi..Nanti akan menyusul..