Saturday 13 August 2011

Minta maaf minta ampun

Salam semua,

Lama dah tak update kan?? Memang sentiasa ada rasa bersalah dalam hati ni bila tak update..
Dok tulis post dalam kepala sendiri je.. Setiap kali pun terfikir, tak apa nanti boleh tulis pasal ni dan letak dalam blog.. tapi sampai situ je la. Tak terealisasi (wujud tak perkataan ni? hentam je la) pun.

Puasa tahun ni, ada hari yang masak, ada hari yang beli kat PARAM je. Tapi lebih suka masak sendiri je sbb mahal la nak beli..memang terasa sangat kali ni. Kalau pegi PARAM kalau tak habis RM 15 memang tak sah. Tak faham kenapa mahal sangat. Kalau tahun lepas berpuasa dalam keadaan mengandung tapi memang cukup rajin memasak dan cukup suka dengan masakan sendiri..hahaha boleh macam tu kan?

Tapi tahun ni, kalau straight 3-4 hari masak sendiri mesti rasa macam nak muntah makan masakan sendiri..sindrom apa ni pun entahlah. Tapi ada penawarnya, iaitu dengan pergi beli juadah di PARAM. Confirm, esok tu memang bersemangat nak masak sendiri sebab mahal dan tak berapa kena dengan selera.

Tak ambil gambar langsung juadah yang dimasak kali ini. Entahla kenapa..Ooo, mungkin sebab biasanya lagi 2-3 minit nak berbuka baru siap masak..hahahaha..macamtu la ibu yang bekerja..

Sunday 19 June 2011

160611 1235pm



Dalam tengah syok main atas Walker ni...Iman Hafizi tiba2 jd senyap...masa tu ayahnya tgh tgk tv sambil main tenet ni...bila toleh jer...Iman Hafizi dh terlelap...sayu ayah tgk dia tertidur mcmtu...


Alahai anak ayah tu.....


Meh la ayah bawak masuk bilik yer....


Mmg seronok bermain dgn dia..kdg2 dia ketawa...menjerit...kalu dah lapar dia merengek...kalu ngantok atas walker ni...dia main jugak...tp xkluar sore la...sedar2 jer dah terlentok kt atas tu...kdg2 sayu lihat dia...xsampai hati nk tgk dia tdo cmtu

Tuesday 14 June 2011

Review on Glee Season 2 Finale

TAK PUAS HATI!!!!
Ye...saya tak puas hati dengan finale Glee musim ke- dua ni...What?? 12th place?? ooohhh...come on...
I mean at least.. among the top 10s..tapi, tak pe lah..
Episod paling best sudah tentu britney spears, yang ada warblers dan semua episod yang ada gwyneth paltrow..
Agaknye kan?? musim depan tu musim terakhir ke eh??
Kalau ye..sedihnya..sebab budak2 ni dah senior year tahun depan kan?
Tapi yang menariknya..Mercedes is dating Sam..okay..tu mmg best..can't wait to see more of them next season..
Finally, good bye Glee..I'm waiting patiently for next season..Adios!




Terimalah video paling best..dengar sejota kali pon tak pe..hehehe


Monday 13 June 2011

Mengidam apa??

Kalau pergi ke kenduri atau ke mana-mana mesti saya akan terdengar dialog ni...
"Kamu mengidam apa dulu masa ngandung ni? *Berjejeh air liur anak kamu" (loghat Perak)

Awok tak kisah dan tak ambil hati pun, awok ok je. Tu menandakan orang prihatin kepada awok dan anok awok.
Jangan dalam hati ada niat nak memburuk- burukkan anak awok udah ler. Kena tulah kang..hehe..juz kidding
Sebenarnya tak ada la banyak sangat air liur dia meleleh sampai kene pakai bib segala..
Saya perasan Hafizi akan meleleh air liur bila dia fokus terhadap sesuatu misalnya bila dia nak belajar angkat badan nak merangkak. Atau tengok sesuatu yang menarik. Selain daripada tu tak meleleh sangat pun.

Maka terdetik nak buat kajian sikit pasal ni. Supaya kita semua boleh kongsi ilmu yang seciput ni.

Daripada parenting.com

Air liur yang banyak ni sebenarnya bagus sebab ia memudahkan penghadaman baby dan menghalang bakteria daripada merebak dari mulut ke perut. Jadi tak apa la banyak- banyak air liur kan??
Air liur juga membantu dalam mematangkan bahagian dalam usus bayi.
Cuma kita perlu alert bila perkembangan anak kita slow dan air liur meleleh.
 HAAAA..Kalau keadaan macamni kita kene jumpa doktor.
Alhamdullilah Hafizi mempunyai perkembangan yang normal. Jadi makcik- makcik di luar sana jangan risau eh?? 

Daripada pediatricadvice.net

Baby yang baru dilahirkan secara biasanya memang akan mengalami lelehan air liur yang berlebihan kerana
dia belum boleh menelan dengan baik. Sebab apa? sebab otot baby kan belum matang sepenuhnya lagi.
Biasanya bila baby dah berusia 4-6 bulan lelehan air liur ni akan berhenti tapi bagi baby yang mula nak tumbuh gigi,
proses ini akan berterusan. Ni kes Hafizi la ni.
Website ni pun ada cakap eh bukan..bukan..website ni ada tertulis kalau baby kita normal dari segi perkembangan dia,
kita tak perlu risau. Ada lagi la dia terangkan keadaan- keadaan lain yang kita perlu alert.
 Sebagai contoh, bila baby kita ada masalah pernafasan dan meleleh air liur. Ha, yang ni kita kene jumpa doktor jugak.

Tu je la perkongsian ilmu yang tak seberapa ni. Kalau ada sesapa yang nak betulkan kesilapan kalau ada atau nak tambah lagi maklumat. Anda amatlah dialu- alukan untuk berbuat demikian di ruangan comment..gituh ayat kau..tak menahan.


P/s..Ada gak la benda yang mengidam tapi tak dapat..dah tu, dok tganu, nak benda yang kat KL tapi dah  pujuk dah Hafizi masa dalam perut. Tak pe, nanti hujung bulan kita gi KL kita makan Nando's eh sayang mami..muah..


*berjejeh = meleleh

Sunday 12 June 2011

Bestnye dok Terengganu

Tajuk tak menahan kan?? hahahah...
Semalam pegi makan ICT (Ikan Celup Tepung). Semua kedai penuh dengan pelancong.
Orang jauh datang ke Tganu untuk melancong but we're stuck here. Anyhow, it's still wonderful.
Sebab- sebabnya....
1. Boleh jamu mata dengan keindahan alam.
2. Tak ada shopping complex yang gah, jadi tak perlu shopping..jimat duit..hahaha
3. Di K. Terengganu tak ada wayang. Sama sebab dengan atas...jimat duit..
4. Makanan best- best..memang duit habis untuk makan.

Yang tak bestnya...
1. Barang basah mahal..kenapa? tak percaya?? percayalah..huhu..nanges..!!
2. Hujung minggu tak dapat gi mana- mana..tepi pantai je la..ataupun mydin mall kesayanganku...nanges jugak
3. Jauh dari kampung halaman..tapi tak pela...boleh nyanyi lagu salam perantauan bila raya (kalau tak dpt balik la) kalau dapat balik..nyanyi lagu balik kampung sudirman..hambek ko 7 jam lagu tu je..kalau tak feel jugak tak tau la..hahahah


Setakat ni tu je la.. sape- sape ada idea sila la sumbangkan di kotak comment eh??

Masa ni Iman Hafizi dalam perut lagi

Thursday 9 June 2011

Senyuman Hafizi

Semua yang kenal Hafizi memang tahu yang Hafizi ni kedekut senyuman. Tak macam mami dia.
Mami dia memang menyengih je memanjang...hehehhe...Ikut ayah dia la tu kot..serius je muka..
tapi hati kiut...

Susah nak tangkap gambo Hafizi senyum ni..tapi haritu memang rezeki la dapat tangkap gambo Hafizi menyeringai..
Maka dengannya, silalah tatap gambar mahal ni eh?? Dituju khas buat mak Hafizi..Aneesah Md Saleh (mak angkat Hafizi).

Ala...tomey tomey..


Wednesday 8 June 2011

Check-up 5 bulan

Harini Hafizi ada appoinment kat Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Terengganu. Check-up untuk 5 bulan.
Apa lagi, kene cucuk la...hehe.
Kitaorang bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Lambat kan? Hurm, apa lagi sebab Hafizi bangun lambat la.
Kat sana, penuh dengan ibu- ibu menagndung. Biasanya hari Rabu adalah hari untuk bayi.
Mungkin sebab hari Ahad hari tu cuti kot. Nurse2 pun bersungut sebab ramai sangat orang.
Berat Hafizi untuk 5 bulan adalah 6.6 Kg. Naik 400gram je dari bulan ke-4 aritu.
Tak banyak naiknye, mungkin sebab Hafizi aktif sangat sekarang. Berguling- guling dan melompat.
Masa ni Hafizi baru 4 hari..Kejapnye masa berlalu..Muka pun lain sgt..