Saturday 13 August 2011

Minta maaf minta ampun

Salam semua,

Lama dah tak update kan?? Memang sentiasa ada rasa bersalah dalam hati ni bila tak update..
Dok tulis post dalam kepala sendiri je.. Setiap kali pun terfikir, tak apa nanti boleh tulis pasal ni dan letak dalam blog.. tapi sampai situ je la. Tak terealisasi (wujud tak perkataan ni? hentam je la) pun.

Puasa tahun ni, ada hari yang masak, ada hari yang beli kat PARAM je. Tapi lebih suka masak sendiri je sbb mahal la nak beli..memang terasa sangat kali ni. Kalau pegi PARAM kalau tak habis RM 15 memang tak sah. Tak faham kenapa mahal sangat. Kalau tahun lepas berpuasa dalam keadaan mengandung tapi memang cukup rajin memasak dan cukup suka dengan masakan sendiri..hahaha boleh macam tu kan?

Tapi tahun ni, kalau straight 3-4 hari masak sendiri mesti rasa macam nak muntah makan masakan sendiri..sindrom apa ni pun entahlah. Tapi ada penawarnya, iaitu dengan pergi beli juadah di PARAM. Confirm, esok tu memang bersemangat nak masak sendiri sebab mahal dan tak berapa kena dengan selera.

Tak ambil gambar langsung juadah yang dimasak kali ini. Entahla kenapa..Ooo, mungkin sebab biasanya lagi 2-3 minit nak berbuka baru siap masak..hahahaha..macamtu la ibu yang bekerja..

No comments:

Post a Comment