Monday 13 June 2011

Mengidam apa??

Kalau pergi ke kenduri atau ke mana-mana mesti saya akan terdengar dialog ni...
"Kamu mengidam apa dulu masa ngandung ni? *Berjejeh air liur anak kamu" (loghat Perak)

Awok tak kisah dan tak ambil hati pun, awok ok je. Tu menandakan orang prihatin kepada awok dan anok awok.
Jangan dalam hati ada niat nak memburuk- burukkan anak awok udah ler. Kena tulah kang..hehe..juz kidding
Sebenarnya tak ada la banyak sangat air liur dia meleleh sampai kene pakai bib segala..
Saya perasan Hafizi akan meleleh air liur bila dia fokus terhadap sesuatu misalnya bila dia nak belajar angkat badan nak merangkak. Atau tengok sesuatu yang menarik. Selain daripada tu tak meleleh sangat pun.

Maka terdetik nak buat kajian sikit pasal ni. Supaya kita semua boleh kongsi ilmu yang seciput ni.

Daripada parenting.com

Air liur yang banyak ni sebenarnya bagus sebab ia memudahkan penghadaman baby dan menghalang bakteria daripada merebak dari mulut ke perut. Jadi tak apa la banyak- banyak air liur kan??
Air liur juga membantu dalam mematangkan bahagian dalam usus bayi.
Cuma kita perlu alert bila perkembangan anak kita slow dan air liur meleleh.
 HAAAA..Kalau keadaan macamni kita kene jumpa doktor.
Alhamdullilah Hafizi mempunyai perkembangan yang normal. Jadi makcik- makcik di luar sana jangan risau eh?? 

Daripada pediatricadvice.net

Baby yang baru dilahirkan secara biasanya memang akan mengalami lelehan air liur yang berlebihan kerana
dia belum boleh menelan dengan baik. Sebab apa? sebab otot baby kan belum matang sepenuhnya lagi.
Biasanya bila baby dah berusia 4-6 bulan lelehan air liur ni akan berhenti tapi bagi baby yang mula nak tumbuh gigi,
proses ini akan berterusan. Ni kes Hafizi la ni.
Website ni pun ada cakap eh bukan..bukan..website ni ada tertulis kalau baby kita normal dari segi perkembangan dia,
kita tak perlu risau. Ada lagi la dia terangkan keadaan- keadaan lain yang kita perlu alert.
 Sebagai contoh, bila baby kita ada masalah pernafasan dan meleleh air liur. Ha, yang ni kita kene jumpa doktor jugak.

Tu je la perkongsian ilmu yang tak seberapa ni. Kalau ada sesapa yang nak betulkan kesilapan kalau ada atau nak tambah lagi maklumat. Anda amatlah dialu- alukan untuk berbuat demikian di ruangan comment..gituh ayat kau..tak menahan.


P/s..Ada gak la benda yang mengidam tapi tak dapat..dah tu, dok tganu, nak benda yang kat KL tapi dah  pujuk dah Hafizi masa dalam perut. Tak pe, nanti hujung bulan kita gi KL kita makan Nando's eh sayang mami..muah..


*berjejeh = meleleh

No comments:

Post a Comment