Memang sejak hamilkan Hafizi, saya dah sematkan dalam hati nak breastfeed baby dalam kandungan. Yang bestnya sebab kawan2 di ofis pun BF baby dorang. Ada yang pam dan yang paling kagum ada yang guna kaedah mermet tanpa bantuan pump langsung!!
Saya rajin baca blog2 ibu yang bf anak mereka untuk dalamkan ilmu BF.
Untuk persediaan saya beli pam manual Avent sebab nak stimulate cik B sejak mengandung 7 bulan. Hari2 tak miss pam lah. Jiwa kental gituh!! Saya bercadang jugak nak beli spectra 3 tapi waktu tu saya fikir nak beli selepas lahirkan Hafizi. Tapiiiii sampai sekarang pun tak beli lagi sebab dah terlampau selesa untuk pam manually..hehehe boleh tak gitu??
Pam ku yang sangat berjasa
credit pakcik gugel
Ada juga la yang macam kata "ish, tak slow ke pam manual" atau "mesti susu tak banyak kan"
Jawapan saya senang je. Tak dinafikan memang agak slow jika dibandingkan dengan double pumping. Ye la kan...dengan double pump boleh sekali jalan je. Kalau single pam ni kene sebelah- sebelah. Tapi agak cepat jugak kadang2 tu sebab dia ikut betapa cepat tangan kita boleh pump. Exercise tangan la jugak kalau tak mana nak exercise tangan kan?? hehe
Susu banyak ke tak pulak...hurm..memang sekali pump dapat 4-5oz tapi cukup la untuk Hafizi. Jadi saya rasa tak ada masalah. Saya buat stok memang untuk 2-3 hari je sebab peti ais saya single door jadi tak boleh nak simpan susu lama2 kan?? Kerja saya pun tak memerlukan saya untuk travel. Jadi bagi saya tak ada masalah. Pendapat masing2 kan. Yang penting Hafizi tetap dapat exclusively BF. Alhamdullilah.. cita2 saya tercapai.
Saya doakan semoga semua ibu yang sedang berusaha BF anak2 mereka dapat teruskan usaha murni tersebut. Semoga Allah murahkan rezeki semua ibu2 dan dapat berikan susu yang mengenyangkan dan menyihatkan anak2 mereka. Aminn..
No comments:
Post a Comment