Dari haritu lagi tertanya- tanya apa kebendenye la wahabi ni..
Disebabkan saya rasa rajin sket maka buat la research sket..
Dan ini adalah hasilnya...
Wahabi ni sebenarnya fahaman yang diamalkan oleh ulama Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Kira namanya jadi wahabi sbb nama pengasas dia la. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi.
Katanya wahabi ni sebenarnya menurut mazhab hanbali. Negara- negara seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania mempunyai pengikut aliran wahabi yang ramai.
Yang saya faham dari pembacaan, aliran wahabi ni menentang sebarang kelakuan yang dapat mendorong kita terlalu taksub dengan nabi kerana khuatir syirik.
Salah satu contoh perubahan yang dilakukan kaum wahabi adalah melarang orang ziarah makam nabi dan berdoa menghadap makam baginda, kerana mereka yakin semua doa hanya semata- mata kepada Allah.
Kaum wahabi juga melarang menyambut hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj.
Kaum wahabi juga melarang qasidah, melagu- lagukan azan, melagu- lagukan Al- Quran, melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji nabi seperti Burdah dan Berzanji.
Semua ini adalah bidaah dan perlu dihapus kerana nabi sendiri tidak mengamalkannya.
Secara kesimpulannya, dapat saya katakan wahabi ni melarang segala perbuatan yang dilakukan oleh kita yang nabi sendiri tidak melakukannya..(paham ke ayat ni?? hentamla labu...)
Semoga sedikit info ni dapat membantu kita semua.
Source: wikipedia
Wednesday, 4 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment