Wednesday, 8 June 2011

Check-up 5 bulan

Harini Hafizi ada appoinment kat Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Terengganu. Check-up untuk 5 bulan.
Apa lagi, kene cucuk la...hehe.
Kitaorang bertolak dari rumah pukul 10 pagi. Lambat kan? Hurm, apa lagi sebab Hafizi bangun lambat la.
Kat sana, penuh dengan ibu- ibu menagndung. Biasanya hari Rabu adalah hari untuk bayi.
Mungkin sebab hari Ahad hari tu cuti kot. Nurse2 pun bersungut sebab ramai sangat orang.
Berat Hafizi untuk 5 bulan adalah 6.6 Kg. Naik 400gram je dari bulan ke-4 aritu.
Tak banyak naiknye, mungkin sebab Hafizi aktif sangat sekarang. Berguling- guling dan melompat.
Masa ni Hafizi baru 4 hari..Kejapnye masa berlalu..Muka pun lain sgt..

Tuesday, 7 June 2011

Bulan bayi

Korang tahu tak yang dalam setahun ada satu bulan tu lebih ramai baby yang dilahirkan berbanding bulan2 yang lain...
Saya pun baru tahu harini..nak teka tak bulan apa?? Ala, tak payah susah2 nak teka la. Biar saya bagi je terus jawapannye.


Kenapa?? tak percaya..Silalah percaya ye..


Monday, 6 June 2011

Kroooohhh krooohhhh

Hari ini nak cerita pasal rutin tido Hafizi. Biasanya Hafizi tido pukul 10 malam. Tapi dengan syarat mami dia kene tido sekali. Kalau tak, eeerrrmmm adalah dalam 5 minit je dia tido. Bila mami dia tido sekali, dia akan tido sampai pukul 8 atau 9 pagi.
Di antara tu Hafizi akan bangun 2 kali untuk menyusu tapi setakat untuk hilangkan dahaga je. 
Kejap je. Jadi tido mami memang tak terganggu. Biasanya lepas Subuh atau sebelum Subuh Hafizi akan bangun sebenarnya, tapi kalau tepuk- tepuk balik, dia akan tido balik. Kalau tak tepuk, dia akan bangun.
Kalau dia bangun, maka terganggu lah semua rutin mami. Tapi kalau hujung minggu mami pun ikut golek sekali..hehehe..
Lepas tu, dalam pukul 11 pagi, dia akan tido dalam sejam lebih. Lagi sekali dalam pukul 3 petang, tu pun dalam sejam lebih.
Lagi sekali lepas Maghrib,Nenda Hafizi memang dah train dia dari dalam pantang untuk tak tido time maghrib. Alhamdullilah sampai sekarang dia ikut.
Begitula rutin harian Hafizi. Tapi ni adalah kebiasaanye lah. Ada jugak yang tak biasa.
Yang tak biasa ni, maksudnya time malam, pukul 1 pagi baru tido..yang jadi mangsa ayahnya la.
Mami dia tak larat nak tahan mata dah. Biarlah ayah dia yang layan. huhuhu...Bila macam ni, esok pagi memang tido straight sampai kul 11 pagi. Sekian.

Masa ni dah pukul 10.30 pagi sebab malam sebelum tu dia tido pukul 1 pagi.
Geram toi tengok bontot bolat dia ni..geget kang..

Saturday, 4 June 2011

Misi Exclusive Breastfeeding Iman Hafizi

Memang sejak hamilkan Hafizi, saya dah sematkan dalam hati nak breastfeed baby dalam kandungan. Yang bestnya sebab kawan2 di ofis pun BF baby dorang. Ada yang pam dan yang paling kagum ada yang guna kaedah mermet tanpa bantuan pump langsung!!
Saya rajin baca blog2 ibu yang bf anak mereka untuk dalamkan ilmu BF.
Untuk persediaan saya beli pam manual Avent sebab nak stimulate cik B sejak mengandung 7 bulan. Hari2 tak miss pam lah. Jiwa kental gituh!! Saya bercadang jugak nak beli spectra 3 tapi waktu tu saya fikir nak beli selepas lahirkan Hafizi. Tapiiiii sampai sekarang pun tak beli lagi sebab dah terlampau selesa untuk pam manually..hehehe boleh tak gitu??



Pam ku yang sangat berjasa

credit pakcik gugel


Ada juga la yang macam kata "ish, tak slow ke pam manual" atau "mesti susu tak banyak kan"
Jawapan saya senang je. Tak dinafikan memang agak slow jika dibandingkan dengan double pumping. Ye la kan...dengan double pump boleh sekali jalan je. Kalau single pam ni kene sebelah- sebelah. Tapi agak cepat jugak kadang2 tu sebab dia ikut betapa cepat tangan kita boleh pump. Exercise tangan la jugak kalau tak mana nak exercise tangan kan?? hehe

Susu banyak ke tak pulak...hurm..memang sekali pump dapat 4-5oz tapi cukup la untuk Hafizi. Jadi saya rasa tak ada masalah. Saya buat stok memang untuk 2-3 hari je sebab peti ais saya single door jadi tak boleh nak simpan susu lama2 kan?? Kerja saya pun tak memerlukan saya untuk travel. Jadi bagi saya tak ada masalah. Pendapat masing2 kan. Yang penting Hafizi tetap dapat exclusively BF. Alhamdullilah.. cita2 saya tercapai.

 Saya doakan semoga semua ibu yang sedang berusaha BF anak2 mereka dapat teruskan usaha murni tersebut. Semoga Allah murahkan rezeki semua ibu2 dan dapat berikan susu yang mengenyangkan dan menyihatkan anak2 mereka. Aminn..


Friday, 3 June 2011

Ulangtahun ke-2

Pada 23 Mei yang lepas merupakan anniversary (bak kata org parit) yang ke dua mami dan ayah. Alhamdullilah, x sangka pejam celik pejam celik..dah dua tahun kami hidup bersama. Yang specialnya tahun ni tentulah dengan adanya kehadiran Iman Hafizi dalam hidup kami. Hadiah teristimewa dari Illahi buat kami laki bini..

Tahun ni disebabkan adanya kekangan kewangan (cewah..ayat tak menahan) kami sambut anniversary di Secret Recipe Kuala Terengganu. Mula- mula ingat nak sambut di hotel di Cherating tapi tak apalah..kita simpan dulu niat tu untuk bulan Julai nanti sempena harijadi ayah. Kalau tak jadi jugak, kita tunggu September, harijadi mami...hehehe

Silalah jamu mata anda dengan gambo- gambo yang ada ni..


Mami ngan Hafizi di SR Kuala Terengganu..Hafizi yang over sebenarnya hehe..ye ke?? bukan maminye ke??

Ayah yang sentiasa ter'over'

Siapa sangka kecik2 dah ada peminat Hafizi ni..huhu...


Order mami..apa ntah nama kek ni lupa plak..sedap tp muak la kalau makan sorang2

Order ayah..sedap rupanya popiah di SR ni..udang penuh dalam tu..

Yang ni memang TERBAIK!!! sedap macam nak nangis dah bila makan ni..huhhhuhuhu
Sekian kisah ulang tahun ke-dua mami ngan ayah..
 




Saturday, 28 May 2011

Money Value

Hari ni pegi Mydin Mall Terengganu beli barang dapur dan keperluan peribadi (eceh, ayat tak menahan). Mahal betul la barang- barang  sekarang ni. Padahal bukan beli apa pun. Sebab bulan lepas banyak kali pergi shopping. Barang yang harga agak tinggi kami beli cuma beras(10 kg), ubat gigi, lotion hafizi (beli botol besar terus, bulan tak payah beli), milo 500g, makanan kucing (7kg), ayam (tak sampai RM10 pun), pastu ada la barang2 yang harga kurang daripada RM5. Semua tu total up RM300++. Macam tak percaya je. Aduh...pening kepala terus.

Wednesday, 4 May 2011

Wahabi??

Dari haritu lagi tertanya- tanya apa kebendenye la wahabi ni..
Disebabkan saya rasa rajin sket maka buat la research sket..
Dan ini adalah hasilnya...
Wahabi ni sebenarnya fahaman yang diamalkan oleh ulama Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Kira namanya jadi wahabi sbb nama pengasas dia la. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi.
Katanya wahabi ni sebenarnya menurut mazhab hanbali. Negara- negara seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania mempunyai pengikut aliran wahabi yang ramai.

Yang saya faham dari pembacaan, aliran wahabi ni menentang sebarang kelakuan yang dapat mendorong kita terlalu taksub dengan nabi kerana khuatir syirik.
Salah satu contoh perubahan yang dilakukan kaum wahabi adalah melarang orang ziarah makam nabi dan berdoa menghadap makam baginda, kerana mereka yakin semua doa hanya semata- mata kepada Allah.

Kaum wahabi juga melarang menyambut hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj.
Kaum wahabi juga melarang qasidah, melagu- lagukan azan, melagu- lagukan Al- Quran, melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji nabi seperti Burdah dan Berzanji.
Semua ini adalah bidaah dan perlu dihapus kerana nabi sendiri tidak mengamalkannya.

Secara kesimpulannya, dapat saya katakan wahabi ni melarang segala perbuatan yang dilakukan oleh kita yang nabi sendiri tidak melakukannya..(paham ke ayat ni?? hentamla labu...)

Semoga sedikit info ni dapat membantu kita semua.

Source: wikipedia